Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Darul Islah 'turun padang' sebarkan keceriaan musim perayaan

Dec 23, 2020 | 05:30 AM



SUASANA sambutan Hari Natal ini, rumah Encik De Costa Gregory Andre lebih meriah selepas diberi wajah baru oleh beberapa penghuni Rumah Peralihan Jamiyah Darul Islah.



Menjelang Krismas tidak lama lagi, Cik Andre, 60 tahun, yang tinggal sendirian di sebuah flat dua bilik, amat bersyukur melihat ruang tamu dan bilik yang bersih.



Semalam, Anggota Parlimen (AP) GRC Tanjong Pagar, Cik Joan Pereira, turut menziarahi Encik Andre bersama penghuni dan kakitangan Darul Islah untuk melihat transformasi rumah yang terletak di Commonwealth Drive itu.



Mengulas usaha oleh kakitangan dan penghuni Darul Islah itu, Cik Joan berkata beliau amat gembira melihat semangat masyarakat berusaha bersama menyebarkan keceriaan semasa musim perayaan ini.



"Meskipun Singapura dilanda Covid-19, ramai rakan masyarakat terus menyokong Rumah Peralihan Jamiyah Darul Islah dalam usaha mereka untuk membawa keceriaan kepada mereka yang memerlukan, melalui pembersihan, hiasan semula dan makanan yang dimasak khas untuk mereka," katanya.



Usaha tersebut sebahagian daripada Project Happiness yang dianjurkan Rumah Peralihan Jamiyah Darul Islah bagi memberikan peluang kepada bekas pesalah dadah membantu mengubah suai rumah golongan yang memerlukan menjelang musim perayaan.



Dalam projek kali ini, Encik Andre juga menerima hadiah seperti komputer riba, mesin basuh baju, set bilik tidur dan almari, kipas angin dan lampu serta perabot baru termasuk meja belajar, kerusi panjang dan meja kopi.



Barangan itu ditaja Yayasan Tan Chin Tuan, Cosy Cool Pte Ltd, AG Plumbers, Orange Tee, ERA serta Persatuan Estet Privet Pasir Panjang (PPPEA).



Dengan kerjasama restoran Steak Me dan dua penghuni Darul Islah yang bekerja sepenuh masa di restoran itu, penganjur juga menawarkan hidangan khas, ayam belanda panggang serta kek log khas sempena perayaan Krismas.



Encik Andre, yang kakinya yang dipotong pada 2018 akibat penyakit kencing manis, berkata beliau telah mengalami banyak cabaran untuk melakukan ubah suai rumah bersendirian.



"Jamiyah telah memberi saya permulaan baru untuk Krismas tahun ini. Sudah tujuh tahun saya tidak dapat melakukan sebarang ubah suai di rumah saya.



"Dengan bantuan kakitangan dan penghuni dari Darul Islah, saya amat berpuas hati dengan perhiasan baru dan cat baru di rumah saya," katanya sambil meluahkan harapannya untuk membalas kebaikan mereka dalam masa akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >