Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dasar pulihara rumah tradisional di Korea beri pengajaran lestari warisan S’pura: Faishal

Sep 04, 2023 | 06:29 PM



Singapura boleh belajar cara melestari bangunan berwarisan daripada pengalaman Korea Selatan memulihara rumah tradisional yang digelar Hanok.

Demikian menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim yang telah melawat beberapa desa Hanok dalam kunjungan rasmi ke Korea Selatan baru-baru ini.

Sebagaimana Korea melestari Hanok dan menyesuaikannya bagi penggunaan moden, Singapura juga mempunyai beberapa bangunan serta rumah kedai dipulihara yang disesuaikan kepada dunia hari ini agar kekal relevan, kata Dr Faishal.

Beliau berkata dengan meraih pengajaran daripada dasar di sebalik pemuliharaan Hanok itu, beliau ingin menyesuaikannya terhadap usaha melestarikan prasarana warisan Singapura.

Dr Faishal dalam catatannya di Facebook pada Isnin berkata beliau telah mengunjungi Desa Hanok Bukchon dan Eunpyeong terletak di Seoul dalam rangka lawatannya ke ibu kota itu sepanjang minggu lalu.







Kedua-dua desa tersebut terkenal dengan rumah-rumah tradisional Korea yang memaparkan ciri reka bentuk lama, dipanggil Hanok.

Dr Faishal berkata dalam lawatan ke kedua-dua desa itu, beliau memerhatikan bagaimana reka bentuk luaran serta ciri tertentu rumah tersebut telah dilestarikan sehingga kini, sementara ia dilengkap fungsi moden agar ia kekal relevan dalam konteks hari ini.

“Sementara Singapura tidak mempunyai Hanok, kami mempunyai beberapa bangunan dan rumah kedai yang dipulihara yang juga telah disesuaikan semula untuk memenuhi permintaan dunia moden.

“Dalam perbincangan bersama Divisyen Pengurusan Warisan Berbudaya Pemerintah Metropolitan Seoul (SMG), saya telah pelajari lebih tentang dasar pelestarian Hanok dan berharap dapat menyesuaikannya dan menggunakannya dalam memajukan usaha pemuliharaan prasarana warisan Singapura,” katanya.

Selain Hanok, Dr Faishal juga mengadakan kunjungan ke kawasan dan perniagaan berwarisan yang telah diiktiraf di bawah skim Warisan Masa Depan Seoul di daerah Seodaemun dan Mapo.

Skim itu, menurut Dr Faishal, dilancar pada 2012 dan membolehkan penduduk Seoul menghantar saranan mengenai tempat atau ciri tertentu di kawasan tersebut yang mereka rasa ia penting bagi melestarikan warisan bandar itu.

“Pendekatan kolaboratif diusahakan SMG untuk mengiktiraf tempat warisan sangat dialu-alukan, dan saya berbesar hati dapat mempelajari lebih daripada pengalaman ini dalam menerapkan skim itu,” katanya.

Selain pemuliharaan bangunan berwarisan, Dr Faishal berkata pembaharuan semula bandar, juga satu tumpuan utama dalam lawatan itu.

Beliau telah bertemu dengan beberapa pegawai dari pejabat daerah Seongdong yang telah membaharui kawasan itu untuk menjadikannya sebagai “Brooklyn di Seoul,” sementara mengurangkan risiko gentrifikasi - apabila sebuah tempat atau kejiranan menarik penduduk serta perniagaan berpendapatan lebih tinggi.

“Kerjasama rapat antara pihak berkepentingan sektor awam dan swasta adalah penting bagi mencapai matlamat itu.

“Saya yakin kami boleh mencapai keputusan sama dalam usaha pembaharuan bandar kami di Singapura dan terus bekerjsama dengan pihak berkepentingan di daerah bersejarah kami.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >