WALAUPUN Encik Zaman Kadir, 78 tahun, perlu menggunakan tongkat untuk berjalan, beliau tetap mengunjungi Pusat Penamaan Calon di Sekolah Rendah Keming di Bukit Batok East Avenue 6 semalam untuk memberi sokongannya kepada calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Muralidharan Pillai, bagi Pilihan Raya Kecil Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Bukit Batok.
Sememangnya keadaan jasmani Encik Zaman tidak menghalang pesara itu daripada menyertai pasukan penyokong PAP yang tiba di pusat tersebut sekitar 10 pagi dengan berpakaian serba putih dengan membawa spanduk dan bendera simbol petir PAP.