SEORANG datuk berusia 54 tahun membantu anggota keluarganya memukul seorang lelaki di sebuah kedai kopi dalam satu kes yang disifatkan mahkamah bak aksi filem.
Semalam, Roslan Zainol dijel 17 bulan. Dia antara enam orang yang bersemuka dengan mangsa, 53 tahun, di kedai kopi di Chai Chee Road itu pada 18 Januari tahun lalu.