BARU-BARU ini, arwah datuknya diberikan penghargaan oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang menyebut beliau sebagai contoh sumbangan generasi perintis dalam Rapat Hari Kebangsaan Ogos lalu.
Kelmarin, giliran cucunya pula, Encik Mohamed Arshaq Mohamed Afdoli, memberikan penghargaan kepada Allahyarham dengan memenuhi harapan datuknya itu agar beliau mendapat pentauliahan sebagai Leftenan Muda (2LT).