Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Datuk Seri Liow puji mendiang Lee

Mar 25, 2015 | 01:36 PM



MENTERI Pengangkutan Malaysia, yang juga Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) Datuk Seri Liow Tiong Lai, telah menyampaikan penghormatannya kepada mendiang Encik Lee Kuan Yew sambil berkata mantan Perdana Menteri pertama itu telah membawa Singapura ke pentas dunia.


"Teringat seorang pemimpin bervisi, persahabatan MCA dengan PAP (Parti Tindakan Rakyat) telah berlangsung selama lebih 60 tahun apabila pengasas MCA, Tun Tan Cheng Lock bersama Perdana Meteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman menghadiri perasmian PAP pada 21 November 1954.


"Persahabatan kami terus tumbuh.


"Rasa simpati kami bersama semua warga Singapura di atas kematian Encik Lee Kuan Yew," kata Datuk Seri Liow dalam penghormatannya yang ditulis dalam buku takziah di Suruhanjaya Tinggi Singapura di Malaysia.


Datuk Seri Liow yang memimpin sekumpulan pemimpin kanan parti MCA telah disambut Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Encik Vanu Gopala Menon dan para diplomat Singapura yang lain.


"Kami menghargai sumbangannya, pembangunan dan hubungan antara kededua parti.


"Kerana persefahaman yang wujud antara MCA dengan PAP, kami meraih persahabatan, keharmonian dan kestabilan.


"Kami telah mencapai kerjasama dan pembangunan eknomi antara kededua negara.


"Mendiang Encik Lee dan para pemimpin Malaysia telah bekerjasama untuk memastikan kestabilan di rantau ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >