Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Davinder Singh jadi pendakwa dalam kes rasuah besar di Brunei

Aug 10, 2016 | 10:54 AM



SEORANG peguam terkemuka Singapura, Peguam Kanan Davinder Singh, sedang mengetuai sebuah pasukan pendakwa Brunei dalam sebuah kes rasuah berprofil tinggi di negara itu.



Kes tersebut melibatkan Brunei Shell Petroluem (BSP), yang dikatakan rugi lebih $5 juta dolar Brunei ($5 juta) akibat rasuah itu.



Khami lalu (4 Ogos), orang pertama daripada lapan yang didakwa, Aidah Tengah, 44 tahun, mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda $200,000.



Mahkamah Tinggi Brunei juga mengarahkan bekas pekerja BSP itu membayar $120,000 sebagai kos kepada pihak pendakwaan.



Aidah dikenakan 20 pertuduhan menerima rasuah berjumlah $200,200 daripada David Chong, seorang pengurus Musfada Enterprise, sebuah kontraktor utama BSP.



Musfada membekalkan barang-barang seperti kit tumpahan minyak, palet kotak dan peralatan keselamatan. Chong, seorang warga Malaysia, dalang pembayaran rasuah yang diberi antara 2007 dan 2009 itu.



Dia dihukum penjara enam tahun pada 2013 kerana peranannya.



Peranan Encik Singh dalam pendakwaan kes yang sedang berlangsung, dibantu oleh peguam Gary Low daripada Drew & Napier dan disokong oleh peguam Brunei, menekankan kepentingan yang diletak oleh kerajaan Brunei pada kes itu, memandang status BSP sebagai sebuah badan awam.



Hakim yang menjatuhkan hukuman ke atas Chong menekankan betapa BSP merupakan tulang belakang ekonomi Brunei, menyumbang lebih separuh keluaran dalam negara kasar dan 90 peratus daripada jumlah pendapatan eksport.



Rasuah yang diberi kepada Aidah ialah untuk mewujudkan pesanan belian yang membuat BSP terikat membeli pelbagai produk yang dibekalkan oleh Musfada.



Jumlah yang dibayar untuk produk Musfada itu berjumlah kira-kira $6.4 juta, tetapi kebanyakannya tidak dihantar.



Ini menyebabkan kerugian kira-kira $5.5 juta bagi BSP.



Encik Singh berhujah agar hukuman penjara berat dijatuhkan memandangkan faktor memburukkan, termasuk kerugian besar yang ditanggung BSP.



Hakim Steven Chong Mahkamah Tinggi Brunei bersetuju. Beliau berkata mereka yang memegang jawatan kepercayaan awam "boleh menjangka hukuman berat jika mereka membenarkan ketamakan peribadi mereka membayangi tanggungjawab dan akauntabiliti mereka".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >