Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daya usaha BH dekati anak muda

Jul 14, 2023 | 04:25 PM



Beberapa inisiatif telah dilakukan oleh Berita Harian (BH) untuk menarik minat golongan muda.


Ini termasuk pelancaran Kelab Gen G pada Jun lalu dan BHazar BH pada April lalu. 

Pada 20 Jun, Editor BH, Encik Nazry Mokhtar telah mengumumkan pelancaran Kelab Gen G semasa acara penutup Kem Wartawan Muda. 

Kem yang bertujuan untuk memperkenalkan dunia kewartawanan kepada para pelajar sekolah menengah juga memberi mereka ruang dan peluang untuk menghargai proses penghasilan berita. 

Para pelajar yang menghadiri kem itu juga menjadi ahli perintis Kelab Gen G.

Ahli Kelab Gen G akan diberi lebih banyak peluang untuk melibatkan diri dalam kegiatan serupa pada masa depan. 

Kelab itu akan menganjurkan bengkel, kem penulisan dan kewartawanan, serta lawatan ke tempat-tempat menarik. 

Mereka juga diberi peluang untuk menyumbang artikel kepada BH. 

Kelab Gen G juga telah melancarkan kumpulan Telegram sebagai saluran untuk menyebarkan maklumat mengenai kegiatan-kegiatan kelab dan memperluas jaringan pembaca BH. 

Kelab itu juga akan membantu mengenal pasti dan mengembangkan bakat kewartawanan dalam kalangan pelajar.

Selain itu, BH juga telah menganjurkan BHazar BH di Wisma Geylang Serai April lalu sebagai usaha mendekati pembaca bukan sahaja melalui liputan bahkan juga melalui pertemuan langsung. 

BHazar BH adalah usaha pertama BH untuk mendekati dan mengenali pembaca.







BHazar yang berlangsung selama 21 hari itu menampilkan pelbagai kegiatan menarik terutama sekali bagi golongan muda. 

Peminat Kugiran Masdo berpeluang bertemu dengan band itu secara langsung.

Sesi podcast #NoTapis bersama Kugiran Masdo juga disiarkan secara langsung melalui Instagram, TikTok, dan Facebook BH. 

Biduanita Sanisah Huri, Cef Mel Dean, dan juara dunia pencak silat, Nurul Suhaila Mohd Saiful juga turut beraksi dalam BHazar bagi menghiburkan para pembaca BH.

BHazar BH juga adalah usaha BH dalam memperkenalkan dan menunjukkan produk BH kepada lebih ramai pembaca, terutamanya golongan muda. 

Melalui wadah digital seperti Instagram, TikTok, dan Facebook, BH dapat menyampaikan berita dan maklumat kepada pembaca dalam dan luar negara.

Produk digital BH, yang boleh didapatkan di Instagram, TikTok dan Facebook, telah berkembang meliputi banyak wadah untuk dimanfaatkan oleh pembaca termasuk podcast #NoTapis dan OMG! Orang Muda Gitew, rancangan kandungan digital bersiri pertama BH yang memaparkan isu-isu berkaitan generasi muda dalam video padat sesingkat kira-kira 10 minit.

Dengan golongan muda lebih cenderung menggunakan wadah digital untuk mendapatkan berita dan maklumat, BH kini sedang mengusahakan cara mendekati para pembaca dengan wadah kreatif mengikut peredaran masa agar akhbar BH terus kekal relevan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >