Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

DBS beri jaminan wang urus niaga bertindih akan dipulangkan

Bank baiki gangguan teknikal yang jejas urus niaga pelanggan guna kad kredit dan debit tertentu
DBS
Jun 19, 2021 | 05:30 AM



ALANGKAH terperanjatnya Cik Ruzana Rahim apabila melihat akaun bank DBSnya semalam.



Beliau melihat duit sebanyak $1,100 dipotong dari akaunnya sedangkan beliau hanya membeli meja solek dari Shopee berharga $550.



Guru sekolah itu antara ramai pelanggan bank DBS yang terjejas apabila perbelanjaan urus niaga mereka dipotong sebanyak dua kali apabila mereka menggunakan kad kredit dan debit bank itu.



Dalam satu kenyataan, seorang jurucakap DBS berkata, proses pengembalian wang yang terjejas dek gangguan itu sedang dijalankan dan akan diselesaikan pada hujung minggu ini.



Beliau juga berkata, isu (gangguan itu) telah diselesaikan dan DBS ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan bahawa sistem bank itu kekal selamat dan tidak dikompromi.



Cik Ruzana, 30 tahun, memberitahu Berita Harian(BH) beliau menempah meja solek berharga $550 pada 14 Jun dengan menggunakan kad debitnya.



Namun, pembayaran bagi urus niaga itu dipotong dua kali daripada akaun beliau, pada 17 dan 18 Jun.



"Saya dapat tahu tentang perkara ini apabila saya lihat beberapa teman saya memuat naik pos di Instagram bahawa beberapa urus niaga telah diduplikasi.



"Jadi saya pun siasat dan periksa akaun saya dalam perbankan digital, dan di situ saya lihat pembayaran saya di Shopee itu dipotong dua kali," ujarnya.



Cik Ruzana berkata beliau bersama kawannya yang turut terjejas cuba menghubungi DBS, tetapi talian perkhidmatan pelanggan bank itu tidak dapat dihubungi.



Beberapa pelanggan lain berkata mereka tidak dapat memasuki aplikasi perbankan dalam talian DBS apabila mereka ingin memeriksa akaun masing-masing.



Ada juga berkongsi bahawa perbelanjaan harian mereka, seperti makanan dan minuman, tempahan teksi dan kereta sewa privet, juga terjejas oleh gangguan bertindih urus niaga itu.



Perbelanjaan mereka membabitkan penggunaan kaedah bayaran Nets dan PayWave di kedai runcit.



Cik Juliah Selamat, seorang pekerja bebas berusia 50 tahun, mendapati perbelanjaannya di NTUC FairPrice berjumlah $78.56 dipotong dua kali daripada akaunnya pada 17 dan 18 Jun.



Encik Luzman Azrin, 22 tahun, juga mendapati perbelanjaannya dengan menggunakan Nets sekitar lima hari lalu juga terjejas oleh gangguan berkenaan.



"Mujur tak banyak. Hanya satu transaksi berjumlah $50 yang terjejas, tapi kakak dan ibu saya juga mengalami gangguan sama apabila mereka periksa akaun masing-masing," kata eksekutif pemasaran itu.



Cik Nabillah Sumardi, 28 tahun, pula mendapati tempahannya bagi khidmat kereta sewa privet menggunakan aplikasi RYDE dan perbelanjaannya di kafe Cat & The Fiddle berjumlah sekitar $45 dipotong dua kali pada 15 dan 16 Jun.



DBS berkata ia sedang memperbaiki isu teknikal yang menyebabkan gangguan itu.



Bank terbesar di Singapura itu mengumumkan pagi semalam ia sedar mengenai gangguan yang menyebabkan beberapa urus niaga bertindih bagi beberapa kad kredit dan debit tertentu.



"Semua (wang daripada) urus niaga yang bertindih akan dikembalikan secara automatik pada 20 Jun (Ahad)," kata DBS



"Kami ingin meminta maaf bagi gangguan ini dan kami harapkan pemahaman anda.''




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >