Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DBS dan UOB tawar akaun bonus bayi mulai 13 Julai

Jun 22, 2015 | 03:15 PM



DBS BANK dan United Overseas Bank (UOB) akan mula menawarkan akaun bonus bayi atau Akaun Pembangunan Anak (CDA) bermula 13 Julai ini.


Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berkata ia melantik dua bank itu sebagai ejen pengurusan baru bagi CDA, selain bank CDA sedia ada, iaitu OCBC.


Satu lagi bank CDA sedia ada Standard Chartered Bank pula tidak akan lagi menerima permohonan CDA baru, dan akan berhenti mengurus CDA pada Disember 2018.


Ibu bapa juga boleh mengurus CDA dengan mudah apabila MSF melancarkan sistem baru Bonus Bayi Dalam Talian (BBO) selepas pertengahan bulan depan.


Dengan sistem dalam talian baru itu, ibu bapa tidak lagi perlu mengisi borang secara fizikal untuk menyertai skim Bonus Bayi, atau pergi ke bank untuk membuka CDA.


Mereka boleh berbuat demikian menerusi sistem BBO.


Selain itu, ibu bapa boleh mengemas kini maklumat peribadi atau menukar kepada bank CDA lain dengan mudah menggunakan SingPass mereka.


Terdapat 280,000 CDA Bonus Bayi yang aktif hari ini, kata MSF.


Kementerian itu berkata ia akan terus memastikan ibu bapa boleh memasukkan anak mereka dalam skim Bonus Bayi dan memanfaatkan CDA dengan mudah.


Ibu bapa yang ingin membuka CDA dengan bank CDA baru boleh memohon menerusi sistem baru BBO di Babybonus.msf.gov.sg/parent selepas pertengahan bulan depan.


MSF turut menasihatkan ibu bapa untuk membaca terma dan syarat setiap bank sebelum memilih bank untuk membuka akaun itu.


Ibu bapa yang memegang CDA bersama Standard Chartered, dan anak mereka belum mencecah usia 12 tahun pada 2018, perlu menukar kepada tiga bank - DBS, OCBC atau UOB - menggunakan BBO.


Mereka boleh berbuat demikian sebelum Disember 2018.


Namun, jika anak mereka mencecah usia 12 tahun sebelum atau pada Disember 2018, mereka boleh meneruskan akaun itu dengan Standard Chartered.


Ini kerana baki dalam CDA akan dipindahkan ke Akaun Pendidikan Posmenengah pada tahun anak itu mencecah usia 13 tahun.


Orang ramai yang ingin maklumat lanjut mengenai Skim Bonus Bayi boleh menghantar e-mel ke MSF_Babybonus@msf.gov.sg atau menghubungi talian bebas tol 1800-2537707 semasa waktu pejabat Isnin hingga Jumaat 8.30 pagi hingga 6 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >