Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DBS, Moody rendahkan ramalan ekonomi bagi Singapura

Sep 10, 2015 | 10:14 AM



DBS Bank dan Perkhidmatan Pelabur agensi penarafan global Moody telah menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura mereka bagi tahun ini kepada kurang daripada 2 peratus.


Kedua-duanya menyalahkan faktor seperti pergolakan pasaran saham baru-baru ini dan kelembapan ekonomi China bagi semakan besar itu - kini di bawah ramalan rasmi 2 hingga 2.5 peratus.


DBS juga menyebut pertumbuhan global yang lemah, terutamanya di Amerika Syarikat. Bank itu mengurangkan unjuran 2015 kepada 1.8 peratus, turun daripada unjuran 2.4 peratus Julai lalu.


Menurut akhbar The Straits Times, ahli ekonomi DBS, Encik Irvin Seah, berkata dalam nota e-mel semalam (9 Sep) bahawa "cabaran luaran telah meningkat di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global".


Perkhidmatan Pelabur Moody juga secara dramatik menurunkan unjurannya kepada 1.7 peratus bagi tahun ini dan 1.8 peratus tahun depan - daripada 3 peratus bagi kedua-dua tahun yang diunjurnya Mei lalu.


Perdagangan dan aliran kewangan lebih lemah kerana kelembapan ekonomi China telah menyebabkan agensi penilaian itu untuk mengurangkan ramalan pertumbuhannya.


Ramalan terkini itu juga jauh di bawah pertumbuhan 2.2 peratus yang diramal secara purata oleh ahli ekonomi sektor swasta dalam satu laporan tinjauan yang dikeluarkan minggu lepas oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >