Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DBS: S-Reits selamat di tengah-tengah ketaktentuan sekarang

Feb 05, 2016 | 10:22 AM



Di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi yang disebabkan oleh kejatuhan harga minyak dan pertumbuhan perlahan di China, amanah pelaburan hartanah yang disenaraikan di Singapura (S-Reits) selamat, kata DBS Group Research pada Khamis (4 Feb).


Kelakonan S-Reits mengatasi penanda aras tempatan, Straits Times Indeks, dan pemaju hartanah setakat ini tahun ini, menurut penganalisis DBS, Derek Tan dan Mervin Song, s dalam laporan mereka.


Seperti banyak sektor, nilai S-Reits telah jatuh, tetapi tidak seteruk kebanyakan yang lain.


Harga unit S-Reit turun kira-kira 3 peratus pada keseluruhannya sejak awal tahun ini, manakala STI menjunam lebih dramatik sebanyak 11 peratus.


Amanah ini dijangka terus mencapai prestasi "kukuh" dalam tempoh terdekat, ujar dua penganalisis itu, terutama kerana jangkaan yang semakin tinggi bahawa Rizab Federal (Fed) Amerika Syarikat akan melewatkan kenaikan kadar faedah akan memberi kesan positif ke atas harga saham secara umum.


Fed menaikkan kadar faedah Disember lalu untuk kali pertama sejak 2006, dan peramal DBS menjangka bank pusat itu menaikkan kadar faedah empat kali sepanjang tahun ini.


Tetapi Fed telah memberi bayangan bahawa kenaikan kadar seterusnya mungkin ditangguhkan.


Semakin lama Fed menaikkan kadar, semakin baik untuk Reits kerana ia kos pinjaman mereka akan kekal rendah.


"Walaupun kadar faedah lebih tinggi adalah risiko yang berpotensi pada jangka masa sederhana, kami tetap lega dengan strategi modal konservatif S-Reits... yang akan mengurangkan kesan kos pembiayaan semula yang lebih tinggi apabila ia berlaku," kata penganalisis DBS itu.


Secara purata, Reit tempatan mempunyai gearan (nisbah modal pinjaman syarikat (hutang) dengan nilai saham biasanya (ekuiti)) 34 peratus, iaitu "terkawal", kata mereka.


S-Reits sedang diniagakan pada penilaian menarik, yang membuat sekarang masa yang baik untuk pelabur memasukinya.


Pilihan utama dua pengalisis itu ialah Ascendas Reit, Mapletree Greater China Commercial Trust, Mapletree Commercial Trust, Frasers Centrepoint Trust and CapitaLand Retail China Trust.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >