Didorong oleh semangat untuk mengembang pengetahuannya dalam sektor sosial, Cik Nur Farhana Kamal, mula bekerja di AWWA, sebuah pertubuhan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk masyarakat dari pelbagai peringkat kehidupan – dari bayi hingga warga emas – pada 2017.
Pada 2018, Cik Farhana memulakan perjalanannya sebagai guru Sekolah Pendidikan Khas (SPED) di Sekolah AWWA di Lorong Napiri, di mana beliau mengajar murid-murid yang menghidapi autisme atau pelbagai jenis kondisi kurang upaya.
“Saya berharap dapat menyepadukan golongan berkeperluan khas dalam masyarakat dan membantu memastikan mereka mampu hidup berdikari,” ujar beliau.