PEMIMPIN akar umbi akan diberikan latihan formal oleh pakar kesihatan mental bagi membantu penduduk menangani kesan psikologi serangan pengganas.
Mulai bulan ini, kumpulan pakar psikologi dan kaunselor daripada Home Team, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Institut Kesihatan Mental (IMH) - yang diberi nama Pasukan Tindak Balas dan Bantuan Kecemasan Insani (Heart) - akan memperkasa pemimpin akar umbi dan penduduk dengan kemahiran bantuan psikologi kecemasan (PFA).