Denai basikal bukit di Kent Ridge ditutup dek tanah runtuh

SALAH satu daripada empat denai basikal bukit yang masih ada di Singapura telah ditutup disebabkan tanah runtuh.

Denai Kent Ridge itu ditutup pada 11 Disember oleh Lembag Taman Negara (NParks) selepas ia dikesan mengalami "kelemahan cerun".

Denai kembara di situ juga ditutup atas sebab-sebab keselamatan, kata pengarah NParks bagi taman, Encik Chia Seng Jiang, sebagai respons kepada pertanyaan akhbar The Straits Times.

Menurut beliau, pintu masuk utama ke kededua denai telah dikepung dan notis nasihat telah diletak.

NParks berkata ia masih menyiasat punca kejadian tanah runtuh itu.

Hujan lebih lebat daripada biasa dialami di sini bulan ini kerana monsun timur laut. Perkhidmatan Meteorologi Singapura (MSS) berkata minggu lepas bahawa hujan dijangka berterusan sepanjang bulan ini.

Denai Kent Ridge, yang terletak di luar South Buona Vista Road, kira-kira dua kilometer dan bagi penunggang basikal bukit, ia denai yang lebih mencabar di sini.

Encik Chia berkata pembaikan perlu dilakukan sebelum denai itu boleh dibuka semula.

"Oleh kerana kerja-kerja siasatan masih dijalankan, kita boleh menentukan bila denai itu akan dibuka semula hanya selepas siasatan selesai," katanya.

Pengemaskinian akan disiarkan di laman web NParks apabila ia diketahui, tambah beliau.

Selain Kent Ridge, tiga lagi denai yang secara rasmi dibuka kepada penunggang basikal bukit ialah di Bukit Timah, Mandai dan Pulau Ubin.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 53
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.