Denda lebih berat bagi kesalahan basikal bermotor

PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) sedang mengetatkan keperluan teknikal bagi basikal bermotor dan telah mengenakan hukuman lebih berat berikutan bilangan kes kesalahan yang melonjak berkaitan kenderaan dua roda itu.

LTA berkata, bilangan saman yang dikenakan bagi mereka yang menggunakan atau menjual basikal tersebut secara haram telah meningkat daripada hanya 11 kes pada 2008 kepada 1,280 dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Denda bagi pesalah kali pertama akan dinaikkan tiga kali ganda kepada $300, sementara pesalah berulang menghadapi denda $500, berbanding $200 sebelum ini.

Ini akan dilaksanakan serta merta.

Pesalah berulang juga mungkin didakwa di mahkamah dan basikal mereka dirampas.

Peruncit yang didapati menjual basikal bermotor yang tidak mematuhi undang-undang atau mengubahsuai basikal mereka secara terlarang juga akan terus didakwa di mahkamah.

LTA berkata pihaknya juga sedang menyemak kemungkinan melakukan pindaan undang-undang untuk "meningkatkan lagi hukuman".

Dan mulai 1 Disember pula, basikal bermotor baru perlu memenuhi Piawaian Eropah EN15194 dan beratnya tidak boleh melebihi 20 kilogram.

Langkah tersebut diambil sebagai mencerminkan keprihatinan keselamatan yang mendalam terhadap basikal-basikal tersebut.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.