Denggi: 181 kes baru minggu lalu, jumlah mingguan terendah tahun ini

JUMLAH kes denggi baru yang dilaporkan minggu lalu berkurangan ke 161, bilangan mingguan terendah tahun ini.

Ia 56 kurang daripada jumlah seminggu sebelumnya, menurut angka terkini yang disediakan di laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Sebanyak 35 kes virus bawaan nyamuk itu pula dilaporkan dari Ahad (12 Jun) hingga 3 petang Isnin (13 Jun).

Pada keseluruhannya, 8,506 kes dilaporkan tahun ini.

Lima orang meninggal dunia akibat denggi tahun ini, sama dengan jumlah keseluruhan 2014. Empat orang meninggal dunia akibat virus itu tahun lalu.

Kes terbaru melibat seorang lelaki berusia 79 tahun yang tinggal di Jalan Tenaga, dekat Eunos. Beliau meninggal dunia bulan lepas.

Sehingga Isnin, terdapat 44 kelompok denggi aktif, dengan enam diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi. Satu kelompok merangkumi Geylang dan Guillemard Roads mempunyai 95 kes kesemuanya.

NEA sekali lagi menggesa orang ramai supaya meneruskan usaha pencegahan nyamuk, dan berkata Singapura kini berada dalam tempoh denggi memuncak.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.