Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Denggi: 622 kes minggu lalu, NEA nasihati hati-hati sepanjang Hari Raya Cina

Jan 26, 2016 | 11:55 AM



KES demam denggi di Singapura kekal tinggi, dengan 622 kes dilaporkan sepanjang minggu dari 17 hingga 23 Januari.


Ia kurang dua kes daripada jumlah minggu sebelumnya, menjurut angka terkini yang disiarkan di laman web denggi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).


Sebanyak 89 kes lagi dilaporkan antara Ahad (24 Jan) dan 3 petang Isnin.


Jumaat lepas (22 Jan), seorang lelaki warga Singapura berusia 47 tahun menjadi orang pertama meninggal dunia akibat virus itu tahun ini.


Beliau dimasukkan ke Hospital Khoo Teck Puat pada Khamis tetapi keadaannya semakin teruk.


Lelaki itu tinggal di Marsiling Rise, kawasan dalam 10 kelompok denggi aktif, kata NEA dan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan bersama.


Pada Isnin, terdapat 144 kelompok denggi - bertambah 12 daripada jumlah seminggu sebelumnya.


Sebanyak 32 kelompok ditetapkan sebagai zon merah, yang menunjukkan kawasan berisiko tinggi dengan 10 atau lebih banyak kes denggi.


Sambil menekankan bahawa pembasmian sumber tabiat pembiakan nyamuk kekal sebagai kunci usaha membendung jumlah nyamuk di Singapura, NEA berkata majoriti pembiakan terdapat dalam rumah.


Bekas dalam rumah dan juga piring dan dulang pasu bunga didapati menjadi tempat pembiakan biasa nyamuk.


Dengan Tahun Baru Cina menjelang, NEA berkata masalah itu bertambah membimbangkan.


Ia menggesa pemilik kilang dan pembeli supaya berwaspada semasa dan sejurus selepas musim perayaan ini.


Pemilik rumah yang merancang membersihkan rumah dinasihatkan supaya membuang sampah dengan betul bagi mengelakkan ia menjadi tempat pembiakan yang tidak disengajakan.


Mereka yang merancang bercuti perlu memastikan rumah mereka bebas nyamuk sebelum mereka pergi.


Pengemaskinian denggi terkini boleh didapati di halaman Facebook Stop Dengue Now, www.dengue.gov.sg atau aplikasi myENV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >