Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Denggi: Jumlah kes minggu lalu jatuh ke paras kurang 100

Oct 18, 2016 | 09:49 AM



JUMLAH kes demam denggi baru berkurangan ke paras terendah baru minggu lalu, di bawah 100 kes buat kali pertama tahun ini (2016).



Terdapat 95 kes virus bawaan nyamuk itu minggu lalu - 29 kurang daripada seminggu sebelumnya, menurut angka terbaru dalam laman web denggi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Ia minggu keenam berturut-turut jumlah mingguan kes denggi berkurangan.



Sehingga Isnin (17 Okt), 12,273 kes denggi telah dilaporkan sejak awal tahun, berbanding 11,286 kes pada keseluruhan 2015.



Walaupun jumlah kes telah berkurangan, NEA menggesa orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan bekerja bersama sebagai sebuah masyarakat untuk menindas populasi nyamuk Aedes dan mengawal kes daripada bertambah.



Nyamuk Aedes bertanggungjawab bagi jangkitan denggi dan virus Zika, serta demam kuning dan chikungunya.



Pada 30 Ogos, seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang tinggal di Woodleigh Close menjadi korban terbaru denggi. Kematiannya membawa korban tahun ini kepada lapan orang , berganding empat pada keseluruhan 2015.



Semengara itu, NEA membebaskan pada pagi Selasa nyamuk Aedes aegypti yang membawa bakteria Wolbachia di estet perumahan Braddell Heights, sebagai sebahagian daripada percubaan kecil mengawal penularan wabak denggi.



Nyamuk jantan tidak menggigit atau menjangkitkan penyakit. Apabila nyamuk yang membawa bakteria Wolbachia secara semula jadi mengawan dengan nyamuk betina, ia menyebabkan mereka menghasilkan telur yang tidak menetas.



Uji cuba itu akan diperluas ke dua estet lain, Nee Soon East dan Tampines West , dalam tempoh sebulan akan datang.



Usaha menentang denggi juga mendapat rangsangan awal bulan ini apabila Penguasa Sains Kesihatan (HSA) memberi lampu hijau bagi Singapura mendapatkan vaksin denggi pertama di dunia.



Sementara itu, terdapat 23 kelompok denggi di seluruh pulau ini sehingga Isnin, dengan empat dikelaskan sebagai berisiko tinggi.



Kelompok di Yishun Avenue 4 dan Yishun Street 61 kekal risiko tertinggi dengan 72 kes, termasuk tiga dalam dua minggu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >