Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Denggi: Jumlah minggu lalu naik sedikit

Apr 26, 2016 | 11:04 AM



JUMLAH kes demam denggi baru minggu lalu meningkat sedikit selepas berkurangan selama dua minggu, menurut angka terkini laman web denggi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Terdapat 232 kes pada minggu berakhir 23 April - bertambah lapan daripada seminggu sebelumnya.



Sebanyak 34 kes lagi dilaporkan antara Ahad (24 April) dan 3.30 petang Isnin.



Sebanyak 7,119 kes virus bawaan nyamuk itu didiagnosis sejak awal tahun ini - hampir tiga kali ganda bilangan sepanjang tempoh sama tahun lepas.



Sehingga Isnin, terdapat 54 kelompok denggi aktif, dengan 11 daripadanya ditetapkan sebagai kawasan berisiko tinggi "merah".



Kelompok terbesar, dengan 80 kes, ialah sebuah kawasan di Siglap.



NEA telah berkali-kali memberi amaran kes denggi sepanjang tempoh ini lebih tinggi daripada biasanya pada tempoh sama setiap tahun, walaupun angka mingguan secara amnya berkurangan sejak satu atau dua bulan lalu.



Empat orang telah meninggal dunia akibat denggi tahun ini, sama jumlah pada keseluruhan tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >