Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Denyutkan Wisma dengan jawatankuasa, kerjasama

Senggara bangunan, selenggara rancangan
Oct 08, 2017 | 05:30 AM



KERJASAMA dengan pelbagai pihak bagi menyediakan program dan khidmat bersepadu untuk mendenyutkan nadi Wisma Geylang Serai.



Ini termasuk kerjasama dengan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) yang diterajui Majlis Penyelaras Kumpulan-Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), kerjasama dengan agensi seperti Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan Lembaga Warisan Negara (NHB), dan juga Lembaga Pelancongan Singapura (STB).



Sebuah jawatankuasa penasihat akan ditubuhkan.



Di samping itu ia akan mempunyai pegawai sepenuh masa yang akan menyelenggarakan pelbagai perancangan dan program serta penyenggaraan fizikal WGS.



Memberitahu demikian, Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga peneraju WGS, berkata struktur dan kerjasama itu diharap dapat menghasilkan program yang dapat menarik pengunjung Melayu dan bukan Melayu daripada pelbagai lapisan, dan juga pelancong.



"Jadi ada saluran untuk penyenggaraan dan perancangan," jelas beliau.



Menjelaskan lebih lanjut tentang program, beliau berkata WGS akan mengatur program bersepadu termasuk pusat khidmat keluarga merangkumi tajaka dan khidmat bagi warga senja.



Dari segi budaya, ia akan mengusahakan kerjasama dengan pelbagai kumpulan seni - tarian, drama dikir barat dan sebagainya - membuat persembahan dan meninjau kemungkinan menggabungkan tenaga bagi mewujudkan seni bersepadu.



"Ini satu usaha eksperimental. Dalam kita terus menyemarakkan seni masing-masing, kita harus juga memikirkan masa depan bagaimana seni dapat mengubah cara hidup kita, atau menjalani evolusi.



"Melihat dari segi budaya dan jati diri sesebuah kaum, kita harus bersedia menjalani evolusi, mungkin mewujudkan satu jati diri baru yang sesuai untuk anak muda kita.



"Yang penting, kita mahu memastikan WGS dirasai dan dimiliki oleh semua usia - yang muda dan lanjut usia.



"Saya harap yang muda dapat berasa bahawa ini adalah tempat untuk mereka bersama, mengeksperimentasikan seni mereka dan warga senja dapat ke sana mengingatkan kita tentang seni lama," kata beliau.



Siapa yang ada bakat dan mahu tunjukkan bakat akan diberi peluang.



Dr Maliki berkata pihaknya berhasrat mengundang mereka yang mempunyai ciri lama merancangkan sesuatu yang tidak dapat dilihat pada hari ini.



Mengenai rancangan menjadikan WGS antara tempat tarikan pelancong, Dr Maliki berkata pihaknya akan bekerjasama dengan STB dalam projek tahunan utama seperti Lampu Hari Raya di samping perancangan lain.



Menurutnya, Mesra telah diberi tanggungjawab memastikan bahawa program yang dijalankan di WGS menonjolkan budaya Melayu.



"Jika kita mempunyai jadual program yang mampat sepanjang tahun, pelancong akan berkunjung ke sana, melihat dan menghargai budaya kita.



"Jika mereka mengunjungi kawasan Geylang Serai, WGS menjadi pusat utama yang mereka kunjungi di samping tempat lain yang menarik di kawasan Geylang," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >