Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dera anak sampai mati: Ibu dijel 11 tahun, teman lelaki 12 tahun dan sebat 12 kali

Jul 05, 2016 | 10:26 AM



IBU seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang meninggal dunia selepas lima minggu didera tahun lalu, dihukum penjara 11 tahun pada pagi Selasa (5 Julai).



Teman lelakinya, yang juga mengaku mencederakan Allahyarham Mohamad Daniel Mohamad Nasser, dihukum penjara 12 tahun dan sebat 12 kali.



Zaidah, 41 tahun, dan Zaini Jamari, 46 tahun, tidak menunjukkan sembarang perasaan ketika hukuman dibacakan.



Pihak pendakwaan meminta hukuman penjara sekurang-kurangnya sembilan tahun bagi setiap seorang daripada mereka, serta sebat sembilan hingga 12 kali bagi Zaini, dan hukuman penjara tambahan sembilan hingga 12 bulan sebagai ganti hukuman sebat untuk Zaidah.



Turut hadir di mahkamah pada Selasa ialah penjaga sementara Allahyarham, Cik Masita Hussin, 51 tahun, dan keluarganya.



Bapa kandung Daniel, Encik Mohamad Nasser Abdul Gani, 41 tahun, dan bapa saudara, Encik Abdu Manaf Al Ansari, 48 tahun, juga berada di mahkamah untuk mendengar hukuman dijatuhkan.



Itu kali pertama Cik Masita berjumpa Encik Nasser. Mereka sapa satu sama lain di luar mahkamah.



"Saya akhirnya bertemu dia selepas sekian lama," katanya, sambil menambah bahawa beliau berasa "lega".



Pada 23 Jun, Zaidah dan Zaini disabitkan dengan satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Allahyarham, dan tiga tuduhan mendera kanak-kanak itu.



Zaidah, yang mempunyai lima anak lain, dikenakan 26 pertuduhan lain mendera anaknya itu, sementara Zaini mengaku terhadap 18 tuduhan lain.



Pasangan pekerja pembersihan itu menendang dan menampar Allahyarham hampir setiap hari dari 18 Oktober hingga 22 November tahun lepas.



Kanak-kanak itu disuruh berdiri di dapur atau ruang tamu flat satu bilik yang mereka sewa di Telok Blangah Crescent, dengan tangannya di atas kepala dan dengan memakai hanya lampin.



Budak itu juga dipaksa makan cili kering dan dipijak di dadanya.



Bedah siasat mendapati 41 kecederaan luaran pada tubuh Allahyarhama, dengan senarai kecederaannya lebih tiga muka surat dalam dokumen mahkamah.



Ini termasuk kelompok lebam merah, hijau dan coklat pada bahagian atas kiri dan kanan perutnya, lebam pada kelopak mata bawah kiri, lebam merah di beberapa bahagian badan dan melecet di atas hidungnya.



Allahyarham meninggal dunia akibat kecederaan kepala pada 23 Nov.



Pemilik flat itu, Cik Puspawati Abdul Razat, 51 tahun, yang menyaksikan penderaan tersebut, memberitahu akhbar The Straits Times beliau berkali-kali menyuruh Zaidah dan Zaini berhenti menyeksa kanak-kanak itu.



Cik Puspawati, yang juga kawan Zaidah, berkata beliau tidak dapat membuat apa-apa lagi kerana beliau berkerusi roda.



Beliau juga tidak dapat meminta bantuan bagi Allahyarham tanpa pengetahuan Zaidah kerana dia sentiasa berada di rumah.



Encik Nasser meringkuk di dalam penjara kerana kesalahan dadah ketika anaknya itu dilahirkan. Beliau mendakwa mencari anaknya selama setahun tetapi gagal, selepas dibebaskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >