Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Derma diserah bagi pelarian Rakhine, mangsa bah Asia Selatan

Oct 25, 2017 | 05:30 AM



SEBANYAK $345,000 dikumpul bagi mangsa pelarian Rakhine ke Bangladesh.



Jumlah itu merupakan hasil kutipan derma Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan kerjasama kesemua 70 masjid di sini dari 9 hingga 15 September lalu.



Ini termasuk sokongan yang diberikan empat pertubuhan seperti Yayasan Buddhist Singapura, Spiritual Assembly of Baha'is of Singapore, Madrasah Aljunied Al-Islamiah dan Darul Arqam yang berjaya mengutip $59,000.



Jumlah keseluruhan itu telah disampaikan kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam satu majlis sederhana di Hab Islam semalam.



Ia akan digunakan bagi membeli bahan bantuan serta keperluan psiko-sosial dan kesihatan mangsa pelarian yang terjejas.



Ini amat diperlukan memandangkan lebih 50 peratus daripada lebih 600,000 pelarian merupakan golongan mudah terjejas seperti kanakkanak, wanita dan warga tua.



Di samping itu, $95,200 juga telah dikumpul daripada masyarakat Muslim Singapura dan telah pun disalurkan kepada badan bantuan Mercy Relief dalam majlis yang sama bagi membantu mangsa banjir teruk di Asia Selatan seperti India, Nepal dan Bangladesh.



Usaha kutipan yang dijalankan antara 8 dengan 14 September lalu di kesemua masjid itu bertujuan membantu mangsa dengan menyediakan bantuan keselamatan seperti makanan, air bersih, ubat-ubatan dan kit kebersihan.



Bercakap kepada media selepas penyampaian cek, Pengarah Eksekutif RLAF, Encik Zainul Abidin Ibrahim, berkata beliau amat terharu dan bangga dengan sumbangan ihsan lagi memberangsangkan daripada masyarakat Islam Singapura.



"Daripada sumber UNHCR, ia berkata negara ini merupakan penyumbang terbesar di Asia Tenggara. Tambahan lagi, dengan bantuan daripada pertubuhan bukan Muslim, ia menunjukkan mereka prihatin dengan isu kemanusiaan ini," ujarnya.



Mengulas, Cik Geraldine Ang daripada Unit Dermawan Privet Global (UNHCR) berkata bantuan yang dihulurkan RLAF amat dialu-alukan.



"Situasi di kem pelarian amat teruk mentelah lagi ia sempit dengan lebih 600,00 pelarian sekarang. Keperluan mereka besar. Mereka memerlukan tempat berteduh, makanan dan juga bantuan psikologi akibat kesan trauma yang mereka alami," katanya.



Pengarah Eksekutif Mercy Relief, Cik Zhang Tingjun, berkata beberapa isu yang akan ditangani pihaknya termasuk kebersihan air.



"Banjir merupakan sesuatu yang sering berlaku di negara-negara ini setiap tahun tetapi banjir kali ini memang teruk akibat perubahan iklim dan landskap.



"Justeru kami meninjau cara terbaik membantu bagi tempoh jangka panjang seperti yang berkaitan dengan pertanian memandangkan ia merupakan sumber kehidupan mereka," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >