Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Desain botol teh herba pelajar NYP jadi pilihan syarikat sinseh

Jan 16, 2022 | 03:36 PM



BELIAU sendiri tidak pernah minum teh herba dan tidak begitu faham tentang Perubatan Tradisional Cina (TCM). 



Namun, ini tidak menghalang Cik Nur Dini Fikriyah Amir menyahut cabaran menyumbang idea bagi reka bentuk botol teh herba ‘generasi baru’ yang mampu menarik minat golongan muda. 



Reka bentuk botolnya itu terpilih daripada 30 sumbangan idea dari rakan sekelasnya yang lain dari kursus Komunikasi Visual di Sekolah Media & Desain Politeknik Nanyang (NYP).



Ia kini digunakan Heng Foh Tong Medical Hall- perniagaan TCM yang telah ditubuhkan 64 tahun lalu- sebagai sebahagian daripada usahanya menyuntik kesegaran terhadap produk teh herba dan menarik minat golongan muda. 



Sebelum tercetusnya idea bagi reka bentuk tersebut, Cik Nur Dini telah mendalami pelbagai aspek TCM dan mengambil masa sekitar 10 minggu untuk menghasilkan reka bentuk tersebut yang menggabungkan aspek minimalistik dan kaligrafi Cina.



“Tugas ini agak mencabar bagi saya kerana kurangnya pengetahuan tentang TCM dan konsep teh herba. Saya rasa saya juga tidak pernah minum teh herba.



“Untuk itu, saya lakukan banyak kajian untuk mendalami teh herba Cina tradisional serta manfaat kesihatannya,” kata Cik Nur Dini, yang kini sudah tamat pengajiannya dalam kursus Komunikasi Visual dan kini menjalani program bekerja sambil belajar NYP. 



Baca laporan lanjut di Berita Harian pada Isnin (17 Jan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >