Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dewan niaga Cina usul pemerintah kaji kos meningkat, beri SME lebih sokongan

Jan 11, 2016 | 09:49 AM



SEBUAH jawatankuasa kajian kos bagi meneliti kos utama yang semakin meningkat yang dihadapi perniagaan, seperti sewa, tenaga kerja dan yuran kerajaan, adalah satu daripada empat saranan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Singapura (SCCCI) kepada pemerintah.


Ia termasuk mengurangkan kos pematuhan melalui sebuah agensi penyelaras pemerintah, dan had maksimum bagi hartanah pemeritah.


Cadangan kedua ialah pemerintah harus lebih lincah, cekap dan berani untuk mewujudkan persekitaran mesra perniagaan bagi syarikat kecil dan sederhana (SME).


Ketiga, pemerintah harus menimbang membangunkan SME yang bersedia bagi masa depan dengan menyediakan skim untuk membantu SME mengubah, mencipta dan membina rekod prestasi di dalam dan luar negara.


Langkah-langkah juga harus diambil bagi memudahkan SME layak dan memohon skim berkaitan usaha mengubah model perniagaan dan inovasi.


Keempat, perlu ada sokongan pemerintah melalui subsidi untuk menggajikan dan melatih pekerja lebih tua, dan membantu persatuan perdagangan industri membangunkan klasifikasi tangga kemahiran bagi levi dan pembaharuan pas pekerjaan.


Lebih banyak SME juga perlu diperbolehkan mendapat manfaat daripada SkillsFuture, skim kredit baru yang membolehkan rakyat Singapura mempertingkat diri.


Saranan-saranan itu berdasarkan satu kaji selidik pra-Belanjawan 2016 SCCCI, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin (11 Jan).


Kebanyakan perniagaan, terutamanya SME, berasa suram mengenai prospek tahun ini, berdasarkan kaji selidik itu, yang menarik penyertaan 331 syarikat, kebanyakannya SME dan syarikat dalam sektor perkhidmatan, dan juga 34 persatuan perdagangan.


Kaji selidik itu menunjukkan sentimen perniagaan terjejas lagi tahun ini, dengan 35 peratus perniagaan meramalkan pendapatan mereka jatuh, meningkat daripada 16 peratus, daripada 356 syarikat yang ditinjau tahun lepas.


Kira-kira 44 peratus menjangka keuntungan mereka berkurangan tahun ini, berbanding 30 peratus sebelum ini.


Tahun ini, hanya kira-kira satu perempat syarikat yakin mengenai prospek perniagaan, turun daripada 42 peratus tahun lepas, kata SCCCI.


Kebimbangan SCCCI mencerminkan keprihatinan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), yang minggu lalu menyampaikan kertas rancangan pembangunan yang juga menggesa pemerintah memperhalusi dasar buruh asing ketatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >