HAMPIR 200 peserta daripada pelbagai pertubuhan masyarakat dan keagamaan di GRC Nee Soon menghadiri dialog antara agama anjuran Pertubuhan Antara Agama (IRO) di Yishun semalam.
Acara itu merupakan sebahagian daripada Siri Dialog Antara Agama di Estet Perumahan (Interfaith Dialogue Series@ Heartlands) yang diadakan buat julung-julung kalinya oleh IRO.