SEORANG lelaki warga Malaysia ditangkap dan didakwa tidak berhenti bagi pemeriksaan imigresen di Pusat Pemeriksaan Woodlands, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan semalam.
Lelaki itu menunggang motosikal berdaftar di Malaysia semasa kejadian sekitar 3.40 pagi kelmarin.