Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Didakwa pergi kerja di hospital walau dapat MC semasa pandemik

mc
Mar 22, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki dipercayai melanggar undang-undang apabila dia keluar dari rumahnya semasa pandemik tahun lalu untuk pergi ke Hospital Besar Sengkang (SKH) bagi bekerja meskipun dia diberi dua sijil perubatan (MC) daripada doktor.



Nur Alif Abdul Talib, 34 tahun, kini menghadapi satu tuduhan di bawah Akta Penyakit Berjangkit, lapor akhbar The Straits Times (ST). Warga Singapura itu juga dituduh melakukan satu kesalahan di bawah Peraturan (Covid-19 - Perintah Jangan Keluar Rumah) Penyakit Berjangkit 2020.



SKH berkata Nur bukan kakitangan hospital itu semasa kesalahan itu dilakukan. Sebaliknya, dia dikerah bertugas di hospital itu oleh sebuah kontraktor pengurusan kemudahan.



"Kontraknya dibatalkan oleh majikannya tahun lalu... Tindakan disiplin kakitangan itu dikendalikan dan diurus oleh majikannya dan bukan SKH," kata SKH kepada ST.



SKH tidak mendedahkan butiran mengenai kontraktor itu dan pekerjaan Nur semasa kejadian.



Menurut dokumen mahkamah, Nur mengunjungi dua klinik berasingan pada 18 Januari dan didapati mengalami simptom pernafasan akut.



Sebuah klinik terletak di Woodlands manakala sebuah lagi di Sengkang. Setiap daripada klinik itu memberi MC kepadanya.



Salah seorang doktor memberitahu Nur dia diwajibkan duduk di rumah selama tiga hari sebagaimana ditetapkan undang-undang hingga 20 Jan, dan dia akan diminta menjalani ujian swab bagi Covid-19. Doktor yang satu lagi memberitahu Nur perlu berkurung di rumah lima hari hingga 22 Januari.



Nur meninggalkan klinik Sengkang itu sekitar 12.40 tengah hari pada 18 Januari 2021 dan dikatakan langsung pergi ke SKH untuk bekerja daripada pulang ke flatnya di Circuit Road.



Dengan berbuat demikian, Nur dikatakan mendedahkan orang mendekatinya secara rapat kepada risiko jangkitan Covid-19.



Dia juga didakwa meninggalkan flatnya esoknya untuk pergi ke SKH untuk bekerja.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan apakah dia menghidap Covid-19 ketika itu.



Kesnya ditangguh hingga 14 April.



Mereka yang melanggar Akta Penyakit Berjangkit boleh dijel hingga enam bulan dan denda hingga $10,000 bagi kesalahan pertama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >