Didenda $1,000 kerana minum arak di tempat awam lepas 10.30 malam

SEORANG lelaki berusia 52 tahun yang minum bir dengan rakan-rakannya dekat rumahnya didenda maksimum $1,000 pada Khamis (5 Mei) selepas mengaku bersalah minum arak di tempat awam pada waktu dilarang (antara 10.30 malam dan 7 pagi).

Mahkamah diberitahu bahawa pada kira-kira 11 malam 22 Feb, Tan Gak Hin bertemu empat rakannya di bangku dekat Blok 279, Bishan Street 24 - lima minit berjalan kaki dari rumahnya.

Pada kira-kira 2.25 pagi esoknya, seseorang dari blok sebelah menelefon polis untuk mengatakan ada pekikan di kawasan itu sejak satu jam sebelumnya.

Seorang pegawai polis mendapati Tan dan rakan-rakannya duduk di bangku pada kira-kira 2.40 pagi. Mereka minum bir dan berbau arak.

Pendakwa polis memberitahu mahkamah pegawai itu memaklumkan mereka mengenai pelanggaran di bawah Akta Kawalan Arak dan mengarahkan mereka membuang baki bir itu. Mereka mematuhi arahan tersebut.

Tan, yang tidak mempunyai peguam, memberitahu Hakim Daerah Ronald Gwee dia tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Tan pernah ditangkap bagi kesalahan sama dua kali sebelum ini. Kali pertama, dia diberi amaran manakala pada kali kedua, dia membayar denda komposisi.

Menurut polis, ini pendakwaan pertama di bawah Akta Kawalan Arak (Bekalan dan Penggunaan), yang diluluskan di Parlimen pada Januari tahun lepas dan berkuat kuasa mulai April tahun sama.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 65
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.