Pada 4 November, beberapa guru Bahasa Melayu bakal menerima Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) sebagai mengiktiraf sumbangan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selama tujuh minggu, BERITA HARIAN mengetengahkan tulisan sumbangan beberapa guru penerima Agab untuk ruangan Bahasa & Budaya. Ia merangkumi pelbagai topik daripada cara menerapkan penggunaan bahasa sehinggalah masakan tradisional orang Melayu. Agab dianjurkan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM), Berita Harian (BH) dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).
Anak merupakan harta yang paling berharga bukan hanya untuk sesebuah institusi kekeluargaan, bahkan untuk kemaslahatan sesebuah masyarakat.