RUMAH buruk dengan tingkap pecah, siling berlubang dan lantai kayu ditumbuhi cendawan memang sesuai dijadikan set penggambaran filem seram atau tempat mencari hantu.
Namun, apabila Encik Muhammad Herizzad Ruslan dan tiga rakannya mengunjungi banglo dua tingkat di bahagian tengah Singapura itu dua bulan lalu, mereka datang dengan satu hajat - mahu menyelongkar kisah silam rumah tersebut.