Dihukum denda $6.6j dan penjara dek rokok elak cukai

SEORANG lelaki warga Singapura berusia 61 tahun dihukum denda $6.6 juta dan penjara 38 bulan pada Khamis (1 Sep) kerana terlibat dalam rokok elak cukai.

Jika tidak boleh membayar denda itu, Abdul Rashid Abdullah akan menjalani hukuman penjara tambahan 22 bulan.

Pada Rabu (31 Ogos), Kastam Singapura mendapat maklumat awam mengenai rokok seludup yang disimpan di dalam sebuah rumah teres di Upper Paya Lebar Road.

Pegawai kastam menemui 2,400 karton rokok disimpan dalam kotak coklat dan disembunyikan dalam bingkai kayu.

Cukai duti serta barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas rokok itu berjumlah kira-kira $204,990.

Hasil siasatan mendapati rumah itu disewa oleh Abdul Rashid untuk menyembunyikan rokok tersebut.

Dia didapati bersalah bagi kesalahan sama pada 2008 dan dihukum penjara tiga tahun.

Pesalah boleh dikenakan denda hingga 40 kali ganda jumlah duti dan GST yang dielak, dan/atau penjara hingga enam tahun, kata Kastam Singapura.

Denda mahkamah minimum bagi kesalahan berkaitan tembakau ialah $2,000 bagi kesalahan pertama dan $4,000 bagi kesalahan ulangan.

Penagih berulang yang ditangkap dengan lebih dua kg produk tembakau akan juga menghadapi hukuman penjara mandatori.

Waktu Solat

Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:15
Isyak
8:24
3 HR PSI: 47
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,135.030 +8.100