Dihukum penjara 10 tahun, sebat 12 kali kerana rompak wanita pada 2001

SEMASA berusia 16 tahun, Gunasegaran Ramasamy merompak seorang wanita sebanyak $30 dalam sebuah lif dan menikam beliau beberapa kali di lengan dan badan.

Wanita berusia 28 tahun itu, Cik Soh San, seorang pengurus di sebuah syarikat telekomunikasi, meninggal dunia akibat tikaman pada bahagian dada dan abdomen. Terdapat sembilan liang tikaman pada tubuh beliau.

Dua belas tahun kemudian, pada 17 Nov 2013, Ramasamy, yang berusia 28 ketika itu, menyerah diri di Pusat Polis Kejiranan Jurong East dan mengaku merompak serta menikam Cik Soh pada 2 Okt 2001.

Ramasamy asalnya dikenakan tuduhan bunuh tetapi ia diringankan kepada rompakan dengan kecederaan tahun lalu.

Pada Isnin (20 Mac), Ramasamy, 32 tahun, dikenakan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebat 12 kali. Hukuman itu dikebelakangan hingga 18 Nov 2013.

Peguamnya daripada Skim Bantuan Guaman Jenayah (Clas), Encik Ng Shi Yang, berkata semasa mitigasi bahawa Ramasamy boleh terus berdiam diri tetapi akhirnya rasa bersalah.

"Suara hatinya timbul dalam bentuk suara yang dia dengar dalam kepalanya, yang bermula sejurus selepas dia melakukan kesalahan itu pada 2001, dan ia semakin teruk pada tahun-tahun yang membawa kepada pengakuannya pada 2013," kata belliau.

Ramasamy dikenakan juga hukuman serentak penjara lapan bulan kerana penggunaan dadah.

Mahkamah diberitahu bahawa pada 2 Okt 2001, kakak Ramasamy memberinya $5 untuk membeli mi segera di kedai berhampiran blok beliau di Bukit Batok Street 21.

Ramasamy memutuskan mengambil peluang itu untuk keluar dan merompak seseorang

Dia mengambil pisau dari dapur, membalutnya dengan surat khabar dan meletaknya di belakang seluarnya.

Ramasamy pergi ke sebuah blok di Bukit Batok West Avenue 8 dan melihat Cik Soh, yang baru pulang daripada kerja di kawasan peti surat.

Dia mengekori mangsa ke lobi lif dan menekan butang lif tetapi kemudian mengesatnya dengan buku limanya untuk menghapuskan kesan jarinya.

Setelah mereka masuk ke dalam lif, dia berdiri di belakang Cik Soh lalu mengeluarkan pisau itu dan mengancam beliau supaya memberinya wang. Cik Soh menjerit meminta tolong dan melawan tetapi ditikam di lengan. Dia kemudian memberi Ramasamy $30.

Ramasamy tidak puas hati dan cuba merampas beg tangan Cik Soh. Apabila mangsa melawan, dia naik marah dan menikam beliau berkali-kali pada lengan dan badannya.

Cik Soh berdarah teruk dan menjerit kepada Ramasamy supaya berhenti sebelum rebah padanya.

Ramasamy melarikan diri dan mencuci pisau itu sebelum meletaknya semula di flat kakaknya.

Dia mempunyai rekod sabitan pada 1998, 2000, 2002 dan 2006 bagi pecah masuk, rompakan dan kecurian, dan kali terakhir dihukum penjara empat tahun dan rotan enam kali pada 2011 kerana menyebabkan kecederaan parah, melanggar perintah perlindungan peribadi dan menyembunyikan barang curian.

Hakim Daerah Tan Jen Tse berkata Ramasamy melakukan kesalahan sangat serius dan beberapa faktor memburukkan lagi kes itu.

"Saya juga ambil perhatian bahawa anda sangat muda pada masa itu dan amat menyesal," katanya.

Waktu Solat

Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,327.830 +17.030