Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dihukum penjara 11 tahun, rotan 24 kali kerana rompak dan cabul

Oct 07, 2016 | 09:09 AM



SEORANG penyelia penyenggaraan kemudahan, yang memerlukan wang selepas didenda, memutuskan merompak seorang tukang urut bebas $400 dengan pisau.



Pada Khamis (6 Okt), Raymond Lee Ling Soon, 39 tahun, yang turut mencabul wanita warga China berusia 24 tahun itu, merasai padahnya.



Dia dihukum penjara 11 tahun dan sebat 24 kali selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan. Dua lagi tuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kavita Uthrapathy berkata Lee nampak iklan dalam talian mangsa dan tahu tukang urut bebas biasanya tinggal sendirian.



Oleh kerana dia memerlukan wang selepas dikenakan denda bagi satu kesalahan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lee memutuskan merompak beliau.



Dia menghantar mesej teks untuk mengesahkan wanita itu tinggal sendirian di sebuah flat disewa di People's Park Centre.



Pada 19 Jan lalu, Lee tiba di flat itu dan mengacukan pisau pada leher mangsa ketika beliau menunjukkannya bilik urut.



Lee menjerit "rompakan" dalam bahasa Mandarin dan menyuruh wanita itu berbogel dan baring di atas katil. Dek terkejut dan takut, wanita itu menurut.



Lee menyelongkar barang-barang beliau dan mencuri $400 dari laci sisi katil.



Dia kemudian mencabul wanita itu, yang terlalu terkejut dan takut untuk melawan atau menjerit.



DPP Uthrapathy berkata serangan seks itu berterusan kira-kira sejam walaupun mangsa memberitahu Lee dia datang ke Singapura untuk mencari wang dan meminta dia tidak mencederakannya.



Sebelum beredar, lee menyuruh wanita itu mencangkung di pintu utama, menutup matanya dan mengira hingga 20. Lee memberi amaran kepada wanita itu supaya jangan menelefon polis atau dia akan mencederakannya dengan teruk.



Mangsa menghubungi polis selepas Lee beredar.



Lee memasukkan wang itu ke dalam akaun banknya dan ditangkap pada petang yang sama.



Wanita tersebut masih tinggal di Singapura.



Lee mempunyai rekod jenayah sama pada 2000 apabila dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan sebat 24 kali kerana merompak sambil mencederakan dan pencabulan teruk di dalam lif.



Pada 2012, dia dipenjara 26 bulan kerana menipu dan kesalahan harta benda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >