Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dihukum penjara 9 tahun, sebat 6 kali kerana rogol wanita lepas parti Tahun Baru

Oct 17, 2016 | 03:26 PM



SEORANG tukang pindah yang merogol seorang wanita yang baru dikenalinya di sebuah parti malam Tahun Baru dihukum penjara sembilan tahun dan rotan enam kali pada Isnin (17 Okt).



Muhammad Farhan Mohamed Buan, 30 tahun, menghadiri parti di chalet D'Kranji Farm Resort itu bersama isteri dan tiga anaknya. Apabila mereka tidur, dia pergi mencari mangsa, yang pergi ke pavilion di luar untuk berehat.



Dia berbual dengan ibu tunggal itu, yang berusia 30 ketika itu, dan meminta mangsa melakukan hubungan seks dengannya apabila beliau berkongsi rokoknya.



Farhan juga secara paksa mencium wanita itu dan menurunkan seluarnya untuk mendedahkan dirinya kepada beliau.



Wanita itu rasa terhina lalu memarahi Farhan dan berkata beliau hendak beredar. Farhan menawarkannya $10 untuk tambang teksi dan berjalan keluar dengannya, dengan berkata tidak selamat untuk beliau berjalan sendirian.



Pada kira-kira 6 pagi, di simpangan Neo Tiew Road dan Neo Tiew Lane 2, Farhan memberi wanita itu $10. Farhan kemudian berkata dia terdengar ada suara dari semak berhampiran dan mencadangkan mereka memeriksanya.



Apabila mangsa enggan, Farhan menarik beliau ke dalam semak. Dia mengangkat wanita itu, melompat sebatang longkang besar dan mencampak beliau ke atas rumput.



Dek takut diapa-apakan, wanita itu berbohong bahawa beliau dijangkiti Aids tetapi Farhan tidak peludi. Dia merogol mangsa apabila beliau cuba bangun.



Selepas itu, Farhan memberi mangsa $15 dan memberitahu beliau supaya jangan memberitahu sesiapa.



Dia kemudian berjalan semula ke resort itu, meninggalkan mangsa separuh bogel dalam kegelapan.



Wanita itu memakai pakaiannya semula dan kemudian menahan sebuah teksi yang baru menurunkan penumpang di situ.



Beliau memberitahu pemandu teksi itu apa yang berlaku, dan pemandu tersebut menghubungi polis dengan segera.



Sementara menunggu polis, mangsa melihat Farhan berjalan di Neo Tiew Lane 2 dan memberitahu pemandu teksi itu, yang perlahan-lahan mengekorinya.



Farhan kemudian berlari balik ke chalet itu. Apabila melihat keadaannya yang tidak kemas, isterinya bertanya apa yang berlaku. Farhan menangis dan meminta maaf sambil memberitahu beliau dia baru melakukan satu perkara salah.



Farhan ditangkap tidak lama kemudian.



Dia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi terhadap satu tuduhan rogol dan satu tuduhan mencabul kehormatan wanita itu dengan mendedahkan dirinya kepada beliau.



Tuduhan ketiga penembusan seks diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >