Dijel 12 bulan kerana seks dengan budak perempuan 15 tahun

SEORANG lelaki dihukum penjara 12 bulan pada Isnin (18 Julai) kerana mengadakan hubungan seks tiga kali dengan seorang budak perempuan berusia 15 tahun.

Muhammad Riduwan Musa, 27 tahun, mengaku bersalah bagi dua daripada empat tuduhan penembusan seksual seseorang budak bawah umur di rumahnya di Champions Way, Woodlands, antara 2 dan 5 April tahun lalu (2015).

Mahkamah diberitahu bahawa sekitar Februari tahun lalu, Riduwan mendapat tahu mengenai budak itu melalui rakan bersama mereka. Riduwan tahu budak itu berusia bawah 16 tahun kerana dia telah memberitahunya tarikh lahirnya dan menunjukkan kad pengenalannya.

Mereka kemudian memulakan hubungan.

Pada bulan berikutnya, budak itu lari dari rumah dan pergi tinggal bersama Riduwan, yang mengadakan hubungan seks dengannya di ruang tamu tiga kali antara 2 dan April 5.

Riduwan berjaya memohon menangguhkan hukuman hingga Isnin (25 Julai) depan bagi membuat susunan dengan isterinya. Bekas pekerja pembersihan itu juga memberitahu mahkamah dia akan mendapat gaji hujung minggu ini.

Hakim Daerah Kessler Soh berkata beliau berharap Riduwan menyedari bahawa melakukan hubungan seks dengan seseorang di bawah umur 16 tahun adalah kesalahan sangat serius.

Encik Soh berkata beliau mengambil pandangan sangat tegas dalam hal itu kerana keperluan melindungi orang muda dan terdedah.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.