Dijel 15 bulan kerana ancam PM di FB

SEORANG lelaki berusia 33 tahun yang menghantar empat mesej ancaman ke akaun Facebook Perdana Menteri Lee Hsien Loong awal tahun ini telah dihukum penjara 15 bulan hari ini (9 Disember).

Tan Yeong Hong sebelum ini telah mengaku bersalah bagi satu tuduhan intimidasi jenayah dan dua tuduhan mencederakan dua pegawai polis.

Tan menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar empat mesej ancaman secara privet ke akaun Facebook Encik Lee pada malam 24 Jun lalu.

Dia ditangkap di tempat meletak kenderaan di bawah bloknya di Hougang Avenue 1 sekitar 7.55 malam pada hari yang sama itu.

Meskipun Tan mengalami skizofrenia paranoid, laporan Institut Kesihatan Mental mendapati dia dalam keadaan waras ketika melakukan kesalahan tersebut.

Dia juga didapati sesuai untuk mengemukakan rayuan di mahkamah.

Mereka yang didapati bersalah bagi kesalahan intimidasi jenayah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan didenda.

Bagi tuduhan mencederakan seorang pegawai awam semasa beliau sedang melaksanakan tugasnya, Tan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda dan disebat.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.