Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dijel 18 bulan kerana ancaman palsu akan bom Dewan Bandaraya

Dec 08, 2016 | 02:58 PM



SATU ancaman palsu bahawa Dewan Bandaraya akan dibom, yang disiarkan di sebuah laman web media sosial awal tahun ini, membuat 95 peratus tenaga kerja Ketumbukan Keselamatan Pengangkutan Awam dialih untuk respons terhadap ancaman itu.



Para pegawai polis itu dikerahkan ke 18 stesen MRT di Laluan Timur-Barat, Utara-Selatan dan Utara-Selatan. Mereka menjalankan pemeriksaan dan rondaan berjalan kaki di stesen-stesen itu untuk mencari barang atau orang mencurigakan, kata seorang hakim daerah.



Hakim Daerah Shawn Ho menyebut langkah-langkah semasa kejadian pada 14 Jan lalu itu untuk menggariskan betapa ancaman bom palsu menyebabkan "gangguan besar", semasa memenjarakan Sze Kai Xuan 18 bulan kerana memuat naik mesej palsu di tagged.com.



Sze, 23 tahun, bekas eksekutif pemasaran, mengaku menghantar mesej di bawah nama pengguna Constantine S: "Hari ini buat semua orang, hargailahnya sebelum saya mengebom Hall City."



Pegawai polis kemudian diletak di bawah "amaran tinggi" memandangkan serangan pengeboman Jakarta baru berlaku pada kira-kira 11.40 pagi pada hari yang sama.



Polis menerima panggilan mengenai pos dalam talian Sze pada kira-kira 12.35 tengah hari.



Encik Ho, dalam alasan keputusan yang dikeluarkan pada Isnin (5 Disember), berkata tertuduh menyasarkan "ikon terkemuka" - Dewan Bandaraya. Beliau berkata ini satu "perkara serius".



"Pada hari sama dengan kesalahan tertuduh, bom meletup di ibu negara Indonesia, membunuh empat orang awam dan mencederakan ramai yang lain di Jakarta Pusat.



"Tidak hairanlah, sehingga pihak berkuasa dapat menentukan bahawa ancaman itu palsu, sembarang ugutan yang diterima perlu dianggap sebagai tulen. Respons segera terhadap ancaman yang diterima ialah ambil langkah berjaga-jaga, yang boleh termasuk pemindahan dan pemeriksaan.



"Sumber, baik tenaga manusia, peralatan mahupun masa, dan mungkin yang paling penting, perhatian, digunakan dalam menyiasat ancaman bom palsu."



Beliau berkata ramai pegawai polis terpaksa menyimpang daripada jadual tugas asal mereka untuk bertindak balas terhadap ancaman bom, lantas menjejaskan tugas rondaan mereka.



Peguam Sze, Encik Chia Boon Teck, memohon mahkamah menimbangkan hukuman probesen, dengan menyebut faktor usia, kerjasama dengan pihak berkuasa dan rekod Perkhidmatan Negara (NS) Sze yang cemerlang.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Christine Liu meminta hukuman penjara 18 bulan.



Encik Ho berkata "adalah penting menghantar mesej jelas kepada semua orang yang berpotensi menjadi pesalah bahawa ancaman bom palsu dan ancaman serangan pengganasan akan dihukum dengan hukuman penjara lama."



Sze kini bebas dengan ikat jamin sementara menunggu rayuannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >