Dijel 20 minggu dek bohong pegawai polis acu pistol di kepalanya

SEORANG konsultan asing menghubungi hotline polis beberapa kali dan mendakwa seorang pegawai mengacukan pistol beliau terhadapnya, hanya kerana dia berasa tidak dilayan dengan dengan betul.

Satwant Singh dijatuhi hukuman penjara 20 minggu pada Selasa (17 Nov) selepas dia mengaku salah bagi tiga daripada lima tuduhan memberi maklumat palsu kepada pegawai awam pada 29 Oktober tahun lalu.

Pada hari itu, Singh mempunyai pertikaian dengan jirannya dan meminta bantuan polis, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Eunice Lau.

Sarjan Muhammad Faris Suparli dan pasangannya mengendalikan kejadian itu, tetapi Singh berasa perkara tersebut tidak ditangani dengan baik dan menelefon 999 pada 7.04 malam.

Dia mendakwa Sarjan Faris sebelum itu mengacukan pistol ke kepalanya dan memerintahkannya jangan menelefon polis lagi kerana dia dalam keadaan mabuk.

Singh didapati membuat panggilan itu kerana mahu pegawai lebih berpengalaman mengendalikan kes pertikaian dia dengan jirannya.

Kira-kira 40 minit kemudian, dia menelefon sekali lagi dan membuat dakwaan sama, sambil menambah bahawa dia akan bertindak ke atas Sarjan Faris dan jika polis menemui beliau meninggal dunia, itu bukan "masalah aku".

DPP Lau berkata Singh membuat panggilan itu kerana dia marah dan sekali lagi berbohong kepada pegawai penyiasat kanan petang itu.

Singh tidak dapat memberi maklumat lanjut mengenai cara Sarjan Faris memegang pistol, namun menegaskan bahawa dia tidak berbohong walaupun diberitahu bahawa memberi maklumat palsu kepada polis adalah satu kesalahan.

Singh meminta maaf bagi perbuatannya.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.