Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dijel 30 bulan dan diharam memandu 15 tahun kerana sebabkan dua kawan maut

Mar 01, 2016 | 02:49 PM



SEORANG bekas pelajar politeknik yang menyebabkan kematian dua remaja perempuan dengan memandu secara berbahaya dan di bawah pengaruh alkohol, dijatuhi hukuman penjara 30 bulan dan dilarang memandu selama 15 tahun pada Selasa (1 Mac).


Tang Zi Liang, 22 tahun, mengaku bersalah bagi empat pertuduhan - memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, menyebabkan kecederaan ke atas penumpang tempat duduk depannya, memandu dalam keadaan mabuk, dan gagal memastikan penumpangt belakang memakai tali pinggang keledar.


Dia didenda $800 bagi pertuduhan tali pinggang keledar itu, dengan satu lagi tuduhan sama diambil kira.


Dua penumpang tempat duduk belakangnya, Cik Phoebe Lo Wei Ling, 19 tahun, dan Cik Michelle Phoe Min Yi, 18 tahun, meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan pada 13 Mac 2014.


Tang hilang kawalan kereta Toyota itu ketika membelok sedikit di Tampines Road pada kira-kira 6.15 pagi hari itu. Kereta tersebut terbabas dan merempuh ke pokok, membuat kedua-dua remaja itu tercampak keluar.


Terdapat seorang lagi penumpang, Cik Isabella Tay Mei Na, 18 tahun ketika itu.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tan Wee Hao berkata Tang, yang bekerja sebagai promoter sambilan ketika itu, menjemput rakan-rakanya itu mengunjungi kelab yang dikenali sebagai Dream di Clarke Quay.


Di kelab itu, Tang minum minuman keras sambil menghiburkan tetamunya dan pelanggan lain.


Mereka kemudian pergi bersama seorang rakan yang dikenali sebagai Sky ke kelab lain, Neverland, di Orchard Plaza. Di situ, mereka berkongsi minum bir sebelum beredar.


Selepas menurunkan Sky di kawasan Ubi, Tang memandu pada kelajuan 120-140 kilometer sejam di Tampines Road, membuat penumpangnya bimbang dan berulang kali memberitahunya supaya memperlahan kereta itu tetapi Tang berkata dia okay. Dia tertidur beberapa kali dan terpaksa dikejutkan oleh penumpangnya.


Dia hilang kawalan kereta itu semasa membelok sedikit.


Paras alkohol dalam darahnya sekurang-kurangnya 139mg/100 ml, melebihi had undang-undang 80mg/100ml.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >