Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dijel 5 tahun, sebat 12 kali kerana cuba rompak gadis remaja

Jul 27, 2016 | 08:02 AM



TERDESAK untuk mendapatkan wang, seorang lelaki mengekori seorang remaja yang berjalan sendirian ke sebuah kawasan kediaman di Upper Thomson untuk merompak beliau.



Sedang gadis berusia 18 tahun itu berjalan di Gardenia Road dan menggunakan telefon bimbitnya pada 27 Nov tahun lepas, Radin Rizwan Radin Rosman, 24 tahun, percepat langkahnya dan cuba merampas telefon bimbit beliau pada kira-kira 10.30 malam.



Apabila gadis itu melawan dan menjerit meminta pertolongan, Rizwan, seorang anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa, mencengkam beliau dengan tangan kananya untuk menghalangnya daripada menjerit.



Gadis itu kemudian pengsan.



Dua saudara perempuan mendengar jeritan meminta tolong itu dari dalam rumah mereka dan berlari ke arahnya. Mereka melihat Rizwan mencengkam gadis itu dari belakang.



Seorang daripada mereka meminta bantuan ayah mereka. Apabila Rizwan menyedari adik-beradik itu sedang menghampiri, dia melarikan diri tetapi ditangkap kemudiannya.



Mangsa dihantar ke hospital bagi kecederaan pada kulit kepala, leher dan tulang selangka kiri. X-ray lehera dan tulang belakang serviks beliau menunjukkan kelengkungan tidak normal pada tulang belakangnya.



Pada Selasa (26 Jul), Rizwan dikenakan hukuman penjara mandatori minimum lima tahun dan sebat 12 kali kerana cuba rompakan dengan mengenakan kecederaan.



Dia mengaku bersalah.



Peguam Skim Bantuan Guaman Jenayah, Cik Cheryl Ng, berkata dalam mitigasi untuk Rizwan bahawa dia melakukan kesalahan itu dek terdesak kerana perlukan wang untuk makan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >