Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dijel dan didenda kerana rakam wanita dalam tandas gereja

Mar 03, 2016 | 10:23 AM



SEORANG ahli gereja yang mempunyai obsesi melihat wanita pergi ke tandas menyembunyikan sebuah kamera di dalam tandas untuk merakam ahli wanita gereja itu, dan kemudian cuba menjual video tersebut dalam talian apabila dia kekurangan wang.

Eksekutif pembangunan perniagaan Kenneth Yeo Jia Chuan, 29 tahun, merakam 66 wanita pada Mei dan Jun 2011, bukan di gerejanya di Bukit Timah sahaja, bahkan di salah satu pejabat gereja itu dan sebuah lokasi tidak diketahui.

Yeo, yang menghadiri gereja tersebut sejak kecil dan bekerja di sana sebagai teknisyen, menyembunyikan sebuah kamera lubang jarum di bawah sinki dan penyegar udara semasa menghadiri upacara sembahyang pada Ahad.

Apabila menghadapi masalah kewangan pada Jun 2012, dia memuat naik dua klip video pada sebuah laman web perkongsian fail dan mengiklankan klip itu untuk dijual pada harga $50 hingga $70 setiap satu.

Bagaimanapun sebelum dia dapat berbuat demikian, mangsa dalam salah satu video itu dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan membuat laporan polis.

Yeo dijatuhi hukuman penjara 20 bulan dan denda $2,000 pada Rabu (2 Mac).

Dia mengaku bersalah terhadap lapan pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, dan satu pertuduhan menjual objek lucah dan memiliki sebuah filem lucah.

Dia juga mengaku bersalah bagi 58 tuduhan serupa yang diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >