SEORANG penganggur yang merompak dan mengikat dua tukang urut dengan tali kabel telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun tujuh bulan dan sebatan rotan 12 kali semalam atas kesalahan merompak dan melakukan penipuan.
Teo Zhi Jie, 21 tahun, juga dikenakan hukuman penjara dua bulan yang dijalankan secara serentak dan didenda $30,000 kerana membantu seorang pemiutang tanpa lesen yang dikenali sebagai Sam.