Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Dijel dek lontar bom botol bagi pihak pemiutang haram

Feb 04, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang meminjam lebih $30,000 daripada pemiutang tidak berlesen memutuskan bekerja bagi seorang daripada mereka dan membaling bom botol ke halaman rumah seorang peminjam lain.



Ibu saudara seorang penghuni rumah itu dapat memadamkan api menggunakan air dari hos.



Polis menahan suspek, Chan Suan Guan, seorang pemandu penghantaran, tiga hari kemudian.



Dalam satu insiden berasingan, Chan, kini 24 tahun, menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal apabila dia gagal mengawal sebuah van yang dipandunya lalu melanggar lelaki berusia 39 tahun itu.



Semalam, warga Singapura itu dihukum penjara setahun dan 11 bulan, rotan tiga kali dan denda $63,000.



Dia juga dilarang memegang atau mendapatkan semua kelas lesen memandu selama lapan tahun dari tarikh dibebaskan.



Jika gagal membayar denda, Chan akan dipenjara tambahan tujuh minggu.



Dia mengaku bersalah bagi tiga pertuduhan berkaitan kegiatan pinjaman wang haram. Dia juga mengaku salah menyebabkan kematian penunggang motosikal itu dengan memandu "tanpa berhati-hati dan prihatin" dan satu kesalahan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara).



Hakim Daerah Marvin Bay berkata semalam bahawa menggunakan bom botol adalah "tahap gangguan paling serius pemiutang haram" kerana ia boleh menyebabkan potensi bahaya yang tinggi.



Ikat jamin ditetapkan $25,000 dan Chan harus menyerahkan diri di mahkamah pada 17 Februari untuk memulakan hukumannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >