Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Dijel kerana cabul jururawat yang ditugas jaga isteri

Oct 14, 2017 | 05:30 AM



SEORANG usahawan semalam dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan dan tiga kali sebat dengan rotan kerana kesalahan mencabul dan menghina kehormatan seorang jururawat persendirian yang ditugaskan menjaga isterinya yang sedang menderita sakit barah.



Hakim Daerah Mathew Joseph tidak teragak-agak mengherdik perbuatan warga India, Pillai Shyam Kumar Sadashivan, 47 tahun, dengan menyifatkan tindakannya sebagai "jelik dan menjijikkan".



Hakim tersebut menambah: "Mangsa seorang jururawat profesional yang menjaga isteri anda yang sedang sakit... bukan menyediakan perkhidmatan bukan kejururawatan, bertentangan dengan apa yang anda jangkakan. Ini Singapura, kami mempunyai piawaian yang berbeza di sini."



Pillai, yang menjalankan syarikat perdagangan keluli di Dubai, pada mulanya menuntut dibicarakan atas kesalahannya tetapi memutuskan mengaku bersalah pada hari pertama perbicaraan pada Ogos lalu.



Dia mengaku mencabul jururawat warga Singapura berusia 25 tahun itu dan menghina kehormatannya. Tuduhan kedua menghina kehormatan wanita itu diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Pillai telah datang ke Singapura bersama isterinya untuk mendapatkan rawatan perubatan.



Dia telah melakukan kesalahan itu di apartmen mereka yang disewa berhampiran Kent Ridge Park pada 9 pagi 14 Disember tahun lepas, hanya tiga hari selepas jururawat persendirian itu mula bekerja di sana.



Timbalan Pendakwa Raya Gail Wong berkata antara tanggungjawab jururawat yang ditugaskan itu termasuk memantau keadaan wanita yang sakit itu, selain memberi makan dan memandikannya. Selain daripada pasangan itu, tiada lagi sesiapa berada di apartmen itu ketika kejadian itu.



Pada 14 Disember tahun lepas, isterinya sedang tidur di biliknya dengan pintu tertutup apabila Pillai menjemput jururawat itu duduk bersamanya di ruang tamu apabila mereka mengadakan perbualan.



DPP Wong berkata: "Tertuduh mengarahkan perbualan kepada perkara seksual. Tertuduh berkata dia tidak pernah melakukan hubungan seks dengan isterinya sejak beberapa bulan lalu kerana keadaan penyakitnya dan mendakwa bahawa gadis-gadis di Dubai menyediakan perkhidmatan tambahan. Dia bertanya adakah gadis Singapura juga memberi khidmat sama.



"Mangsa memahami tertuduh merujuk kepada hubungan seksual dan menjawab bahawa beliau seorang jururawat profesional dan tidak melakukan perkara seperti itu."



Pillai kemudian meminta jururawat tersebut menyelak pakaian atasnya. Dia mencabul jururawat itu selepas permintaannya ditolak.



Jururawat meneruskan tugas menjaga isteri Pillai selepas kejadian itu bahkan kembali bekerja di apartmen itu keesokan harinya kerana beliau prihatin akan kesihatan wanita yang sakit itu.



Tetapi jururawat itu kemudian melaporkan insiden itu kepada polis dan berhenti bekerja di rumah Pillai.



Pillai telah dikenakan ikat jamin $15,000 dan akan menyerah diri di Mahkamah Negara pada 16 Oktober bagi menjalani hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >