SEORANG sarjan polis yang menggunakan sistem komputer Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) tanpa izin dengan niat mendapatkan maklumat peribadi kekasih isterinya dijatuhi hukuman penjara 18 minggu semalam.
Lim Ming Kian, 30 tahun, daripada Unit Pengurusan Pematuhan Divisyen Polis Central, mengaku bersalah terhadap 12 tuduhan menyalah guna sistem komputer milik polis itu dengan sengaja.