Dijel, rotan kerana serang guna pisau roti di kampus ITE

SEORANG remaja yang menyerang seorang tukang masak sambilan dengan sebilah pisau roti kerana bertikai tentang seorang wanita telah dikenakan hukuman penjara 18 bulan dan rotan enam kali.

Muhammad Zuhairie Adely Zulkifli, 17 tahun, mengelar Ahmad Nurthaqif Sahed, 18 tahun, di khalayak ramai di ruang terbuka ITE College West Mac lalu, hingga mangsa mengalami beberapa kecederaan termasuk lengan dan dua jarinya patah.

Serangan tersebut telah dirakamkan dalam video oleh seorang pelajar dan klipnya menjadi viral di media sosial.

Dalam menjatuhkan hukuman tersebut, Hakim Daerah Mathew Joseph menyifatkan serangan tersebut sebagai berani, tidak tahu malu, kejam dan menjelekkan.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.