Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dijel seminggu kerana rosakkan cermin kereta pemandu lain

Jul 11, 2016 | 02:55 PM



SEORANG pemandu GrabCar bersemuka dengan seorang pemandu yang membunyikan honnya dan menumbuk cermin kanan kereta beliau, membuat ia jatuh.



Muhammad Fazli Mustaffah, 34 tahun, dihukum penjara satu minggu bagi perbuatan nakal pada Isnin (11 Julai), selepas dia mengaku melakukan kesalahan itu di simpang Mountbatten Road dan Crescent Road pada 3 Oktober tahun lalu.



Dia telah membayar penuh $960 kepada ahli perniagaan Aasit Chandrakant Gandhi, 51 tahun, bagi kerosakan yang disebabkannya ke atas kereta beliau.



Penolong Pendakwa Raya (APP) Puvaneswari Sandirasekaran berkata Encik Gandhi sedang memandu di Moutbatten Road apabila Fazli memotong dan memasuki laluan beliau dengan tiba-tiba. Encik Gandhi kemudian membunyikan honnya.



Apabila dua kereta itu berhenti di simpang Mountbatten Road dan Crescent Road, Fazli turun dan bertanya kepada Encik Gandhi secara agresif mengapa beliau membunyikan hon.



Encik Gandhi menurunkan tingkap sedikit dan cuba berhujah dengan Fazli, tetapi Fazli menjadi lebih gelisah dan mengancam Encik Gandhi, dengan berkata dia baru dibebaskan dari penjara dan tidak keberatan masuk semula.



Fazli kemudian menumbuk cermin kanan kereta Encik Gandhi sebelum kembali ke keretanya dan memandu pergi.



Pada 2013, Fazli, yang kini menganggur, didapati bersalah menyebabkan kecederaan melalui perbuatan gopoh.



Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Shaiffudin Saruwan berkata mahkamah sangat jelas dan konsisten dalam kes kemarahan jalan raya, dan sentiasa mengenakan hukuman penjara.



Sebabnya sangat jelas, kata beliau.



"Tidak ada orang, tiada pemandu di Singapura, dibenarkan bertindak sesuka hati, terutama dalam sebuah negara kecil dan sesak seperti negara kita," ujar Encik Shaiffudin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >