Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dijel tiga bulan gara-gara cuba seludup bulbul dari Johor

Jun 14, 2016 | 09:04 AM



SEORANG penumpang teksi yang cuba menyeludup tiga burung pandai bernyanyi ke Singapura dalam keadaan sempit dipenjara tiga bulan pada Isnin (3 Jun).



Jalal Basiron Samad, 47 tahun, menyembunyikan dua burung bulbul merah bercambang dalam tiub PVC dan membalut seekor lagi ketat dalam sekeping kertas yang dikokot.



Warga Singapura itu cuba menyeludup masuk burung tersebut dari Malaysia melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands dalam teksi yang dikongsinya bersama lima penumpang lain.



Semasa pemeriksaan rutin, pegawai mendapati burung hidup itu dalam haversack Jalal di bawah tempat duduk penumpang depan.



Harga seekor burung bulbul difahamkan boleh mencecah beberapa ribu dolar jika ia memenangi pertandingan menyanyi burung.



Jalal, seorang pemandu pembancuh konkrit, mengaku bersalah mengimport burung ke Singapura tanpa lesen dan gagal mengambil langkah-langkah memastikan haiwan itu tidak tertakluk pada keadaan teruk dan sempit.



Dia pergi ke Larkin, Johor, pada 4 Mac dan membeli burung itu dari seorang bernama Rashid sebanyak RM1,000 ($331). Burung-burung itu lebih murah di sana.



Pendakwa Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA), Encik Yap Teck Chuan, menggesa Jalal dikenakan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan.



Beliau berkata perbuatan mengimport secara haram membawa risiko memperkenal penyakit berbahaya seperti flu burung ke Singapura.



Setakat ini, Singapura antara segelintir negara di rantau ini yang kekal bebas daripada flu burung.



Sehingga 4 April, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencatat 850 kes flu burung dengan 499 kematian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >