KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan melarang pengimportan, pengedaran dan penjualan syisya di Singapura mulai akhir bulan ini kerana risiko kesihatan yang berkaitan dengannya dan bagi mencegah kegiatan itu daripada berleluasa dan berakar di sini.
Demikian diumumkan Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, di Parlimen semalam semasa menjawab soalan Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Kesihatan, Dr Chia Shi-Lu (GRC Tanjong Pagar).